Khamis, 1 Mei 2014

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA

Menurut Yahya Othman (2006), bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran membaca, guru perlu menggunakan pendekatan mengajar yang sesuai.  Pemilihan pendekatan ini pula perlu mengambil kira aspek kebolehan membaca pelajar, teks yang digunakan serta pengalaman pelajar.  Pendekatan dalam pengajaran membaca sangat penting. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk memupuk minat pelajar dalam membaca. Antaranya:

Pendekatan Membaca Asas

Pendekatan ini penting dikuasai terutama pada peringkat awal penguasaan kemahiran membaca.  Dalam hal ini, guru perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu. Menurut Marohaini Yusoff (2014), pendekatan membaca asas melibatkan kegiatan membaca terarah (KMT), kegiatan ini merupakan teknik pengajaran bacaan yang digunakan untuk memandu murid dalam pembacaan petikan, novel, buku dan makalah.  Kegiatan ini dibentuk khas untuk membantu murid membaca bahan pada bacaan pengajaran dan sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran bacaan secara kelas atau kumpulan kecil. Antara langkah-langkah yang terkandung dalam rancangan KMT ialah:


Pendekatan Teknologikal
Menurut Yahya Othman (2006), pendekatan teknologikal merupakan pendekatan keupayaan yang menghasilkan pengajaran secara berurutan dan dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Pendekatan ini menekankan perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini dilabelkan sebagai:



Pendekatan pembacaan lisan
Pendekatan ini sesuai untuk kegunaan buku yang mengandungi ciri pengulangan sesuai bagi bacaan lisan. Dalam pendekatan ini guru akan membacakan cerita kepada kelas dan pelajar mengikuti bacaan guru secara kuat dan guru memilih perkataan dan frasa secara individu serta menekankan pembacaan lisan. Selain bacaan kuat dan bercerita terdapat juga pembacaan lisan yang lain seperti syarahan, perbahasan, perbincangan, hafazan, temu-bual, menyoal, nyanyian, deklamasi sajak,mendengar dan memberi respond dan sebagainya. Tujuan utama pendekatan ini adalah supaya pelajar dapat menyebut perkataan / ayat dengan betul. Melatih pelajar mendengar  dan memahami pertuturan orang lain. Pendekatan ini juga mampu melatih pelajar agar berkeyakinan dan percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak) dan membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang  sesuai, dan perbendaharaan kata yang luas.

Pendekatan Whole Languange
Pendekatan whole language ialah  pandangan tentang belajar dan cara mendorong proses tersebut agar pelajar  dapat membaca secara efektif dan efisien sehingga mencapai hasil optimal (Weaver, 1990). Satu pendekatan dalam pengajaran bahasa dikembangkan berdasarkan pelbagai wawasan dan hasil penelitian dari pelbagai bidang ilmu antara lain pemerolehan bahasa dan pengembangan membaca dan menulis (Goodman,1986).
     Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan kurikulum yang sudah dirancang dan disiapkan secara terperinci. Murid akan memahami informasi yang disampaikan oleh guru secara langsung. Murid secara aktif  dapat memahami dan menghayati pemahaman dan penghayatan proses pembacaan.  Antara kaedah mengajar membaca adalah seperti: membaca bebas,  membaca secara berkoperatif,  membaca dengan panduan guru,  berkongsi membaca,  dan membaca lantang.  

Pendekatan Holistik
Tujuan  pendekatan ini adalah untuk mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan. Pelajar diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri (learning to be). Pelaksanaan mengajar membaca secara holistik perlu bermula diperingkat awal membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuklah pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat sebagai usaha memperoleh manfaat sepenuhnya.
         Teks yang digunakan dalam bahan bacaan ialah teks autentik iaitu teks dalam bentuk penerbitannya yang sebenar. Pergantungan semata-mata pada buku teks di dalam kelas akan mengehadkan pembacaan terhadap bahan yang tidak lengkap dan telah diubahsuai dengan keperluan dan kepadatan ruang dalam buku teks tersebut. Jadi, guru haruslah menggunakan buku dalam bentuk penerbitan supaya pelajar dapat menghalusi pemikiran penulis lebih mendalam. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan