Khamis, 1 Mei 2014

APA ITU PENTAKSIRAN PRESTASI?

Pentaksiran merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran prestasi ialah satu bentuk pentaksiran yang berbeza daripada peperiksaan tradisional yang menggunakan pensel dan kertas. Justeru, pentaksiran prestasi bukanlah strategi menguji semata-mata tetapi ia melibatkan proses dan produk.



Dalam pentaksiran prestasi murid ditaksir berasaskan proses penglibatan mereka dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Guru boleh melihat proses tersebut secara langsung (first hand) bagaimana murid menghasilkan bahasa dalam situasi dunia sebenar. Dengan cara ini, pentaksiran prestasi mempunyai kesahan kandungan yang tinggi kerana fokus pentaksiran ialah proses bukan produk semata-mata.


Struktur pentaksiran prestasi kebiasaannya tidaklah berbentuk formal dan kekal yang membolehkan murid berkreatif dan berinteraksi sesama rakan semasa mereka menyiapkan tugasan mereka. Pentaksiran jenis ini cenderung mengintegrasikan pelbagai kemahiran. Contohnya, kemahiran membaca dan menulis boleh digabungkan menjadi satu tugasan atau kemahiran mendengar dan bertutur boleh dijadikan satu tugasan lain. Pentaksiran prestasi boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu melalui jurnal, surat, laporan lisan, cerita, temu duga, sketsa, berpuisi, portfolio dan pertunjukan boneka.


Rukun Pentaksiran

Ø Instrumen
Ø  Kumpulan yang ditaksir
Ø  Respons
Ø  Kumpulan yang menaksir
Ø  Skor

Tujuan Pentaksiran

v  Masalah yang berhubung dengan ujian tradisional biasanya tidak menunjukkan keadaan sebenar mengenai apa yang murid tahu (Huerta-Macias, 1995). Pentaksiran alternatif : menguji lebih kebolehan dalam menghadapi ujian.
v  Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
v  Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
v  Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
v  Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
v  Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
v  Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.

Pentaksiran yang baik dan berkesan merangkumi pelbagai aspek, iaitu :

ü  Skor yang tinggi darjah kesahan
ü  Skor yang tinggi darjah kebolehpercayaan
ü  Keobjektifan – melibatkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
ü  Kebolehtadbiran – kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sesuatu organisasi
ü  Kemudahtafsiran – ini merujuk kepada calon melibatkan skor calon, mendiskriminasikan menepati tujuan
ü  Menyeluruh – mempunyai soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.


Menurut Tabatha Rayment (2006) Bukan semua pentaksiran berkaitan dengan memperoleh gred yang baik, pemantauan terhadap tingkah laku pelajar juga merupakan bahagian penting dalam pentaksiran bilik darjah. Pembelajaran positif terhasil daripada persekitaran yang positif. Kawalan dan pentaksiran prestasi amat penting untuk melahirkan sebuah persekitaran yang kondusif. Pentaksiran dilakukan dalam pelbagai kaedah untuk menlihat perkembangan para pelajar.

Kaedah Pentaksiran

ü  Pemerhatian 
ü  Lisan 
ü  Penulisan
ü  Merekod  


4 ulasan:

  1. salam...saya nak tanya adakah pentaksiran prestasi adalah sama dengan pentaksiran autentik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pentaksiran prestasi tu under pentaksiran autentik actually

      Padam
    2. Pentaksiran autentik ada banyak. Salah satunya ialah pentaksiran amali.

      Padam
  2. ada tak contoh pentaksiran prestasi?

    BalasPadam